Friday 18 January 2013

Industri Sukan Negara Perlu Lebih Ramai Pakar Suaian Fizikal.

E-mail Print
alt
 
KUALA LUMPUR, 5 Nov .- Negara perlu melahirkan lebih ramai pakar suaian fizikal untuk membangunkan atlet yang seimbang dari segi kemahiran dan kekuatan fizikal.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, aspek kefahaman mengenai bidang tersebut sangat penting agar para atlet Negara dapat menguasai dengan lebih berkesan.

"Bagi melahirkan atlet yang cemerlang di peringkat dunia, bukan sahaja 'skill' penting, malah kefahaman tentang suaian fizikal juga penting supaya atlet kita tidak ketinggalan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Suaian Fizikal, di sini Isnin.

Untuk itu katanya, Institut Sukan Negara (ISN) perlu menjalankan lebih banyak program meningkatkan pengetahuan pihak berkaitan mengenai bidang tersebut, agar dapat diaplikasi bukan sahaja pada sukan berprestasi tinggi di peringkat pusat tetapi juga daerah dan negeri.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Shapawi Ismail yang turut hadir, berkata ISN kini dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pelajaran bagi menambah bilangan pakar dalam bidang tersebut, khususnya di peringkat akar umbi.

ISN kini mempunyai 11 pusat satelit di seluruh negara yang menempatkan gimnasium dan pakar sains sukan yang boleh memberi tunjuk ajar tentang suaian fizikal bukan sahaja kepada atlet, malah orang ramai, katanya.
 

ManOlimpik

Industri Sukan Negara Belum Capai Tahap Profesional- Penggiat Sukan


KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Industri sukan negara dilihat belum mencapai tahap profesional kerana sebahagian atlet negara kini dilihat lebih mementingkan habuan daripada menyumbang kepada kecemerlangan sukan negara di peringkat antarabangsa.

Pengkritik sukan tanahair Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata dibandingkan dengan zaman sekitar 1940-an sehingga 1960-an, atlet negara termasuk jurulatih tetap menghasilkan kejayaan cemerlang untuk negara walaupun mengetahui mereka tidak dibayar elaun.

"Saya boleh mengambil contoh pasukan badminton negara muncul juara Piala Thomas pada tahun 1949 di England (dengan mengalahkan Denmark 8-1) kemudian mempertahankan kejuaraan empat tahun kemudian (di Singapura dengan mengalahkan Amerika Syarikat 7-2).

"Sebelum pergi, mereka menyertai kejohanan tempatan untuk mengutip wang bagi membiayai kos ke England dan setelah menang, mereka sekali lagi terpaksa berbuat demikian, namun kini segalanya berkaitan dengan wang," katanya.

Khoo, yang juga seorang pensyarah di Universiti Malaya (UM), berkata demikian pada Forum Tahun Industri Sukan bertajuk "Era Sukan Profesional.... Bersediakah Kita? yang berlangsung di Fakulti Pendidikan UM, di sini pada Khamis.


-- BERNAMA

carta organisasi kementerian belia dan sukan malaysia


Wednesday 16 January 2013


        
·        Konsep taman tema
-         Keadaan ekonomi negara stabil
·        Pembuatan dan pengagihan produk sukan
-         Tenaga kerja berkualiti
-         Malaysia sebagai pelabuhan “entreport”
·        Organisasi sukan sokongan
-         Sukan Amatur, Sukan Profesional serta Persatuan dan Kelab Rekreasi
·        Memenuhi kehandak dan keperluan pasaran tempatan
·        Keperluan perkembangan pasaran
·        Bermotifkan keuntungan ataupun penyertaan awam
·        Dapat digunakan di hampir kesemua suasana kerja
·        Mendapat, mengkaji, menyuai-padan, menyimpan, mengeluarkan, menyusun dan menyebarkan maklumat mengenai sukan.


Adakah Datuk Lee Chong Wei masih dikekalkan sebagai jaguh sukan Olimpik 2016 ?


Tidak…saya tidak setuju.
-     -  Sebab beliau sudah cedera dan harus berehat. Jika beliau terus bermain beliau mungkin akan mengalami kecederaan yang lebih serious.

-     -  Sebab yang kedua adalah selepas beliau bersara, beliau boleh mengajar pengganti beliau tentang pengalamannya.
                                                           

-      - Beliau juga haruslah memberi peluang kepada pemain-pemain yang berpotensi untuk bertanding supaya mereka dapat tahu tahap mereka dan belatih dengan bersungguh-sungguh.

- Beliau sudah berkahwin. Kemungkinan beliau akan sibuk menjaga keluarganya dan tidak dapat mengeluarkan masa yang cukup untuk berlatih. Mungkin beliau juga tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam bidang sukan