KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
1. Sejarah
-
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia.
Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian
Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara
berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu
perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian
berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan
Bahagian Sukan.
-
Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan
pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada
tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan
dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian
Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu
Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
-
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah
diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam
pembangunan Belia dan Sukan.
2. Visi
-
Ke arah
mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi
rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan
patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
-
Melahirkan
masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan
berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.
-
Peneraju Dalam Mengupayakan Pembangunan Belia
Dan Sukan Yang Terbilang Dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang Tahun 2015.
3. Misi
-
Membina Bangsa Malaysia Yang Patriotik Dan
Bersatupadu Melalui Program Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Strategik.
-
Meningkatkan pembangunan generasi
muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara
-
Pembangunan sukan untuk individu dan
masyarakat.
4. Objektif
-
Untuk membina
masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak
maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat,
cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
5. Fungsi
-
Menyediakan program
keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor
awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
lain.
-
Mengukuhkan program
pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi
keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan
dengan berkesan.
-
Memantapkan program
latihan keusahawan,ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan
kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang
cemerlang.
-
Mengupayakan
pertubuhan belia supaya dapat menarik mminat golongan belia serta masyarakat
untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia.
-
Meningkatkan
semangat sukarela dan patriotism serta memberi kefahaman tentang konsep
persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa di kalangan belia.
-
Menggalak,
melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat
di kalangan generasi muda.
No comments:
Post a Comment