Friday 18 January 2013

ManOlimpik

Industri Sukan Negara Belum Capai Tahap Profesional- Penggiat Sukan


KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Industri sukan negara dilihat belum mencapai tahap profesional kerana sebahagian atlet negara kini dilihat lebih mementingkan habuan daripada menyumbang kepada kecemerlangan sukan negara di peringkat antarabangsa.

Pengkritik sukan tanahair Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata dibandingkan dengan zaman sekitar 1940-an sehingga 1960-an, atlet negara termasuk jurulatih tetap menghasilkan kejayaan cemerlang untuk negara walaupun mengetahui mereka tidak dibayar elaun.

"Saya boleh mengambil contoh pasukan badminton negara muncul juara Piala Thomas pada tahun 1949 di England (dengan mengalahkan Denmark 8-1) kemudian mempertahankan kejuaraan empat tahun kemudian (di Singapura dengan mengalahkan Amerika Syarikat 7-2).

"Sebelum pergi, mereka menyertai kejohanan tempatan untuk mengutip wang bagi membiayai kos ke England dan setelah menang, mereka sekali lagi terpaksa berbuat demikian, namun kini segalanya berkaitan dengan wang," katanya.

Khoo, yang juga seorang pensyarah di Universiti Malaya (UM), berkata demikian pada Forum Tahun Industri Sukan bertajuk "Era Sukan Profesional.... Bersediakah Kita? yang berlangsung di Fakulti Pendidikan UM, di sini pada Khamis.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment