GULA-GULA getah merupakan kegemaran remaja sejak zaman berzaman.
Ramai yang menggemarinya kerana mengunyah gula-gula getah ini
seakan-akan menjadi trend dalam golongan muda.
Namun, ramai yang tidak sedar bahawa mengunyah gula-gula getah ini
boleh meningkatkan fokus seseorang dalam membuat sesuatu pekerjaan.
Kajian penyelidik Universiti Cardiff, Britain mendapati, mengunyah
gula-gula getah mampu meningkatkan daya tumpuan seseorang.
Hasil kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik ini mendapati
orang yang mengunyah gula-gula getah menjadi lebih fokus khususnya
apabila melakukan kerja yang memakan masa.
No comments:
Post a Comment