Mahjong
atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari
China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk
juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib
boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong
juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.
Go
Go
ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga
dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan
strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan
yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.
Xiang Qi
Yo-yo Cina
Yo-yo
cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama
saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa
berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan
memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun
1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat
daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk
aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan
bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya
mengimbangi kelajuan yo-yo.
No comments:
Post a Comment