Wednesday, 3 April 2013
8 sukan teras
Pada 8 November 2004,
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan mengumumkan satu pelan induk
pembangunan jangka panjang sukan negara. Di bawah fasa pertama pelan
itu, lapan jenis sukan teras telah dikenalpastikan untuk dimajukan
secara bersungguh-sungguh:
Tumpuan dan keistimewaan daripada segi bantuan kewangan dan
infrastruktur akan diberikan kepada lapan badan yang mengendalikan sukan
teras itu. Prestasi lapan sukan teras itu pada Sukan Komanwel dan Sukan
Asia yang diadakan pada 2006 dipantau. Kecuali bola sepak, tujuh jenis
sukan teras yang lain telah menunjukkan prestasi yagn menggalakkan pada
peringkat antarabangsa.
|
|
Mengapakah kita harus bersenam selama 30 minit?
Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3
kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa
perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya,
aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita.
Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah
untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus
meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya
lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau
berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar
lemak dan kalori.
Kenapa perlu menyejukkan badan selepas bersenam?
- Menurunkan suhu badan secara beransur-ansur.
- Menjajar semula otot-otot.
- Mengurangkan kesakitan dan kerengsaan selepas senaman.
- Menggalakkan pengaliran darah ke jantung.
- Membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan.
- Mententeram atau merelakskan anda.
- Jika senaman dihentikan serta merta, darah akan terperangkap dalam otot yang sedang bekerja dan tidak berkeupayaan untuk balik ke jantung (blood pooling) menyebabkan seseorang itu berasa pening.
Kenapa perlu memanaskan badan sebelum memulakan bersenam?
·
Meningkatkan suhu badan
-
otot-otot, tendon
dan ligamen akan dipanaskan menjadi mereka lebih luntur apabila mengecut. Ini
akan mengelak anda dari mendapat kecederaan otot.
·
Meningkatkan pengaliran darah ke
otot-otot
-
menambah bekalan
darah ke otot-otot serta meningkatkan bekalan oksigen dan glukosa yang
diperlukan untuk menghasilkan tenaga.
·
Menambahbaiki proses pengecutan otot
-
Otot yang panas
adalah lebih anjal dan cekap untuk menghadapi sebarang kegiatan yang lebih
lasak.
·
Menyediakan sistem kardiovaskular lebih
awal
-
memberi masa kepada
organ-organ dalaman seperti jantung, paru-paru serta saluran darah untuk lebih
bersedia menghadapi gerak kerja yang lebih mencabar.
·
Merangsang transmisi atau pengaliran
saraf
-
menambahbaik
penyelarasan antara otot dan saraf serta membantu pergerakan sesetengah otot
untuk berfungsi dengan lebih berkesan.
Subscribe to:
Posts (Atom)