Tuesday 12 February 2013

ISN ( institut sukan negara )


Institut Sukan Negara Malaysia
Sejarah
-      Pada tahun 1983, kertas konsep asal penubuhan ISN (kertas kerja Lembaga Pengurus Bil.14/83, agenda 3) di dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus pada 28 Julai 1983. Kementerian Tanah & Wilayah mengenalpasti kawasan 200 ekar di Bukit Jalil bagi pembinaan bangunan fizikal ISN.
-      Pada tahun 1988, penubuhan institute ini adalah sejajar dengan Dasar Sukan Negara yang diluluskan oleh Kabinet pada 20 Januari 1988.
-      Pada 1992 hingga 1996, kerja pembinaan bermula 1 September 1992. Perasmian ISN dilakukan oleh YB. Dato’ Annuar Hj. Musa, Menteri Belia dan Sukan ketika itu pada 20 Oktober 1992. Kemudahan dibina termasuk blok pentadbiran, sains sukan dan dewan biomekanik, dewan latihan, asrama (termasuk dewan makan), gymnasium serta trek latihan (balapan dan padang). Pewujudan fizikal ISN dipercepatkan selaras dengan pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Sukan Komanwel Kali Ke-XVI, 1998. Pada 14 Mac 1996, ISN telah beroperasi secara sepenuhnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
-      Pada 2006 hingga 2007, pembangunan dan perluasan bangunan ISN dilksanakan bagi menampung penambahan pakar dan kepegawaian serta ruang makmal untuk tujuan ujian, penyelidikan dan kajian saintifik. Kerja-kerja pembinaan Plaza ISN bermula 5 Disember 2005 dan siap pada 1 Mac 2007. Majlis Penyerahan Kunci Plaza ISN berlangsung pada 31 Mei 2007.
-      Pada 25 April 2007, YB. Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu telah memutuskan perubahan peranan dan fungsi ISN seperti berikut: ISN sebagai satu entity yang memberi focus kepada penyelidikan, perubatan dan sains di Malaysia. Berperanan memberi perkhidmatan sokongan sehingga ke peingkat akar umbi melalui kaedah saintifik.

A)   Visi
-      Melahirkan atlet bertaraf dunia dan memangkinkan bangsa Malaysia yang sihat serta aktif melalui penerapan budaya bersukan.

B)   Misi
-      Mengenalpasti, mengukuh dan meningkatkan kecemerlangan atlet menerusi aplikasi saintifik.

C)  Motto
-      Pemangkin Kecemerlangan Sukan.

D)  Objektif
-      ISN sebagai pusat kecemerlangan atlet negara.
-      Menyediakan perkhidmatan perubatan dan sains sukan berkualiti.
-      Membangun kurikulum sains sukan bagi meningkatkan mutu pendidikan jurulatih.
-    Menubuhkan pusat maklumat yang mengumpul, menyimpan dan menyebar maklumat berkaitan sukan.
-  Bekerjasama dengan university dan institusi tempatan dan antarabangsa dalam bidang perubatan dan sains sukan.
-      Mengenalpasti bakat kanak-kanak dan atlet muda serta membantu mereka mencapai prestasi optimum.



Pengurusan Tertinggi

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri
YB. DATO’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri
YB. Dato’ Razali Haji Ibrahim
Timbalan Menteri II
YB. Senator Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu
Ketua Setiausaha
Dato’ Mohid bin Mohamed

Institut Sukan Negara
Ketua Pegawai Eksekutif ISN
Y. Brs Ahmad Shapawi bin Ismail

Rasional logo

















Huruf-huruf ‘isn’ diletakkan di lingkaaran bujur (the oval of isn) sebagai simbolik kepada bulatan global yang melambangkan perkhidmatan perubatan sukan dan sains sukan berkualiti tinggi di benua Asia. Ia juga melambangkan keterbukaan ‘isn’ dalam pendekatannya. Nama Institut diletakkan di bawah merintangi dasarnya untukmenunjukkan sokongan padu kea rah kecemerlangan sukan melalui integrasi saintifik dalam perubatan sukan dan sains sukan dari peringkat akar umbi hinggalah bertaraf dunia.
Obor diwarnai jalur merah, biru dan putih, api kuning keemasann serta bulan sabit dan bintang yang melambangkan identity Malaysia yang bersemangat tinggi dan sentiasa berkobar-kobar. Lima bulatan Olimpik mewakili lima Bahagian Teras di dalam struktur organisasi ISN. Lambing ‘isn’ ini kelihatan terapung berlatar belakang warna hijiau di atas awangan padang nan hijau yang melambangkan padang, arena dan gelanggang semua jenis sukan. Warna merah menggambarkan suasana dinamik dan usaha gigih yang berterusan untuk pencapian perkhidmatan berkualiti. Manakala, warna biru sebagai tanda kemantapan, kebolehpercayaan dan kesungguhan warga ISN. Warna kuning melambangkan kemegahan dan kedaulatan nusa dan bangsa.

No comments:

Post a Comment