Wednesday 20 February 2013


MOM, MSN perlu bekerjasama

 

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu mempunyai satu kerjasama yang erat untuk memastikan pembangunan atlet di negara ini berjalan dengan lancar.

Naib Presiden Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM), Prof. Madya Dr. Abdul Wahab Dato Kosai berkata, bagaimanapun kedua-dua badan itu perlu mengetahui tugas masing-masing untuk mengelak mereka melakukan tugas yang sama dan hasilnya tidak seberapa.
Perkara tersebut adalah isu yang dibincangkan selepas Dr. Wahab membentang kertas kerja bertajuk `Peranan MOM, MSN, Persatuan Sukan negeri dan MARFIMA di bawah Dasar Sukan Negara' pada forum awam dan Polisi Sukan Negara ke-6 di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Dr. Abdul Wahab, antara pendapat yang diberikan oleh para peserta ialah bagaimana kedua-dua badan ini boleh berganding bahu untuk meningkatkan sukan berprestasi tinggi.

``Di samping itu persatuan-persatuan negeri juga mempunyai peranan dalam melatih dan membimbing atlet mengikut bidang kuasa mereka untuk mengelak daripada pergantungan kepada MOM dan MSN,'' katanya.

Dalam perbincangan hampir dua jam itu, Dr. Wahab turut menyentuh kejayaan MSN dan MOM dalam melaksanakan beberapa polisi di bawah Dasar Sukan Negara 1988.

``Kejayaan MSN dan MOM dalam menganjurkan beberapa temasya utama seperti Sukan Komanwel dan Sukan SEA,'' katanya.

No comments:

Post a Comment