Tuesday 12 February 2013

kementerian belia dan sukan


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

1.    Sejarah
-          Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
-          Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
-          Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
2.    Visi
-          Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
-          Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.
-          Peneraju Dalam Mengupayakan Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Terbilang Dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang Tahun 2015.
3.    Misi
-          Membina Bangsa Malaysia Yang Patriotik Dan Bersatupadu Melalui Program Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Strategik.
-          Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara
-          Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.
4.    Objektif
-          Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
5.    Fungsi
-          Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
-          Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.
-          Memantapkan program latihan keusahawan,ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.
-          Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik mminat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia.
-          Meningkatkan semangat sukarela dan patriotism serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa di kalangan belia.
-          Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat di kalangan generasi muda.

No comments:

Post a Comment